<$BlogRSDURL$>

Sunday, May 14, 2006

Surat Terbuka Tun Dr. Mahathir Mengenai Jambatan Bengkok 

Oleh YBhg Tun Dr. Mahathir Mohamad

Saya menulis surat terbuka ini sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan negara untuk sesiapa saja yang ingin membacanya.

Fakta-fakta yang terkandung dalam surat ini perlu saya hebahkan dengan cara ini kerana pada akhir-akhir ini tidak banyak lagi kenyataan saya yang disiarkan, sama ada oleh media massa elektronik atau cetak, walaupun mereka menghantar wakil untuk menghadiri sidang akhbar saya.

Mengenai isu di atas, saya telah menyatakan pandangan saya iaitu Kerajaan Malaysia telah gagal mempertahankan kedaulatan negara. Akibat daripada itu negara mengalami kerugian berbilion ringgit. Wang ini adalah wang rakyat.




Saya juga mahu rakyat faham sikap dan tindak-tanduk Kerajaan Singapura serta dakwaan Kerajaan Malaysia yang ia memberhentikan pembinaan jambatan itu kerana isu undang-undang dan kerana sentimen rakyat yang tidak sanggup menyerahkan ruang udara serta penjualan pasir kepada Singapura, dan ini disalahertikan secara sengaja bahawa rakyat tidak mahu jambatan. Rakyat mahu jambatan tetapi menolak syarat Singapura, kerana ia tidak berasas dan bukan hak Singapura.

Singapura sangat gemar mencetak surat-menyurat antara pemimpinnya dengan pemimpin Malaysia dengan tujuan membuktikan yang ia di pihak yang benar.

Kerajaan Malaysia sekarang percaya bahawa dengan tidak menyanggah kempen memutarbelitkan oleh Singapura, masalah yang dihadapi akan selesai dengan sendirinya. Tetapi ini angan-angan yang tidak akan jadi kenyataan.

Di dalam amalan diplomatik, surat-surat yang ditulis oleh suatu pihak dengan memetik persetujuan-persetujuan lisan yang kononnya dicapai di dalam rundingan tidak rasmi di kalangan pemimpin, adalah tidak sah.

Untuk menjadikan ianya sah, rundingan hendaklah dicatat dan dirakam dengan sempurna, disahkan dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak. Kenyataan yang dibuat di dalam sidang akhbar oleh salah satu pihak tanpa pengesahan pihak satu lagi juga adalah tidak sah.

Encik Lee Kuan Yew, ketika dia menjadi Menteri Kanan Singapura, sangat gemar meminta diadakan pertemuan empat mata tanpa agenda yang sempurna dan kemudian merakamkan hasil pertemuan itu di dalam suratnya sendiri kepada pihak ketiga. (sila lihat Apendiks 1)

Berdasarkan surat-surat itu juga, dia harap rakan sejawatnya akan menyetujui kandungannya dan oleh yang demikian terikat dengan kandungan surat-surat itu. Dia tidak mengambil kira jika catatannya tidak dianggap tepat dan tidak disahkan.

Saya menganggap apa-apa pun yang tidak menepati amalan diplomatik sebagai tidak sah. Tanggapan beliau adalah tanggapan beliau sahaja, tidak Iebih dan tidak kurang. Tindakannya mencetak surat-suratnya sebagai bukti bahawa saya telah bersetuju tidak bermakna sama sekali. Hanya jika saya membalas surat itu dan mengesahkan perkara-perkara tertentu, barulah perkara-perkara berkenaan boleh dianggap benar. Tetapi sama ada ia sah dan kita terikat dengannya, bergantung pada pengesahan dan persetujuan kedua-dua belah pihak, secara rasmi.

Berdolak-dalik mengenai apa yang disebut “pakej” dan ketidakmampuan mencapai sebarang persetujuan adalah kerana kelulusan yang berasaskan “pakej” tidak praktikal. Jika persetujuan tidak boleh dicapai mengenai mana-mana satu perkara maka persetujuan tidak boleh dicapai bagi semua perkara dalam pakej itu.

Atas sebab inilah yang saya mencadangkan dan Encik Goh Chok Tong bersetuju iaitu kita menyelesaikan perkara demi perkara secara berasingan. Ini siperakukan dan diterima oleh Encik Goh Chok Tong selaku Perdana Menteri melalui surat bertarikh Oktober 14 2002 (sila lihat Apendiks 2) yang antara lain menyebut;

“Pada penghujung pertemuan (di Hanoi) anda berkata kita perlu mencuba menyelesaikan isu air, lagi cepat lagi baik. Saya bersetuju....”

Tetapi di dalam surat yang sama, Encik Goh Chok Tong berkata;

“Oleh yang demikian, saya tidak menjangka menerima surat anda bertarikh 7hb Oktober pada l0hb Oktober di mana anda menyatakan “Malaysia telah memutuskan untuk tidak meneruskan pendekatan pakej……”

JAMBATAN

Setelah menolak pendekatan pakej, saya membuat jangkaan yang isu pembinaan jambatan tidak akan dikaitkan dengan sebarang isu lain. Saya menaruh harapan yang sangat tinggi apabila isu pembinaan jambatan disebutkan di dalam surat-surat Menteri Kanan Lee Kuan Yew dan Perdana Menteri Goh Chok Tong.

Dalam sepucuk surat (sila rujuk Apendiks I perenggan 6) kepada Tun Daim Zainuddin, Lee berkata;

“Mengenai cadangan Mahathir membina Jambatan Tambak, Perdana Menteri saya (Goh) bersetuju dengannya tetapi mencadangkan agar kita tidak merobohkan Tambak Johor.”

Nampaknya rakyat Singapura lebih menyetujui jika kedua-dua jambatan baru dan Tambak Johor ada. Ini tentulah tidak masuk akal kerana cadangan pembinaan jambatan baru adalah bertujuan membuka laluan di antara kedua-dua belah di Selat Tebrau supaya air boleh mengalir tanpa sekatan. Ia bukan bertujuan menambah kapasiti hubungan antara Singapura dan Johor. Jika ini berlaku, ia hanyalah satu kebetulan.

Satu lagi hujah menarik Encik Lee ialah (sekiranya Singapura bersetuju dengan pembinaan jambatan itu);

“Singapura akan menambak laut di sebelah wilayahnya hingga ke sempadan dengan Malaysia.” (rujuk Apendiks 3, surat Menteri Kanan Lee kepada Dr Mahathir bertarikh Sept 8, 2001)

Sempadan antara Singapura dan Malaysia di Selat Tebrau adalah dasar laut yang paling dalam. Bagaimanapun, bagi Tambak Johor sempadannya adalah di tengah-tengah jambatan. Jika Singapura menambak laut di sebelah wilayahnya sehingga ke sempadan, ia bererti hanya laut di sebelah Malaysia akan kekal. Jadi apa halnya dengan konsep sempadan berasaskan dasar laut paling dalam? Dalam surat yang sama kepada Daim (rujuk Apendiks I perenggan 12), Menteri Kanan Lee berkata;

“Saya sentiasa memaklumkan inisiatif saya kepada Perdana Menteri saya. Dia (Perdana Menteri Goh) bagaimanapun, berkata dia menyerahkan hal ini kepada saya sehingga peringkat akhir apabila dia akan mengkajinya dengan teliti sebelum memberi sebarang persetujuan.”

Menteri Kanan Lee juga menulis (Apendiks 1, perenggan 12); “semua nota atau surat yang saya hantar kepada anda dan kepada Mahathir dan sebaliknya perlulah dianggap sebagai Tanpa Prejudis (Without Prejudice) iaitu tidak akan ada sebarang perjanjian sehingga semua perkara dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua Perdana Menteri.”

Jelas bahawa Menteri Kanan Lee tidak diberi kuasa untuk memutuskan apa-apa kerana beliau perlu memaklumkannya kepada Perdana Menteri Goh untuk dikaji sebelum dipersetujui. Jika tidak, maka tidak akan ada sebarang persetujuan mengenai semua perkara sehinggalah diperakui dan ditandatangani oleh kedua-dua Perdana Menteri.

Dalam jawapan kepada cadangan saya agar terminal Keretapi Tanah Melayu dibina di Johor Baru, Menteri Kanan Lee, melalui surat bertarikh 10 Disember 2001 (sila rujuk Apendiks 4, perenggan 10), berkata;

“Saya harap anda juga akan menimbangkan kepentingan jangka panjang dan nilai perkhidmatan KTM. Sejak tahun 1923 kereta api merupakan perhubungan yang sangat berharga …….. Saya rasa mengekalkan hubungan kereta api antara Kuala Lumpur dan Singapura menguntungkan kedua-dua buah Negara……... Bagaimanapun, oleh sebab KTM milik negara anda, Singapura akan mematuhi keputusan anda”.

Dalam surat ini, Menteri Kanan Lee berikrar mematuhi keputusan saya. Namun beliau boleh juga berkata Perdana Menteri Goh tidak bersetuju dan segala surat-menyurat kami adalah tanpa prejudis.

Namun begitu, apabila beliau atau Perdana Menteri Goh Chok Tong dan saya sendiri menurunkan pandangan-pandangan kami dalam bentuk tulisan, ia menggambarkan apa yang kami fikirkan. Tetapi oleh sebab ia dilakukan tanpa prejudis, kami tidak terikat dengan apa yang kami katakan.

Justeru itu, tidak timbul persoalan berdolak-dalik atau memindahkan tiang gol. Kedudukan tiang gol belum diputuskan. OIeh sebab apa yang dilakukan itu berasaskan konsep tanpa prejudis, maka ia tidak Iebih daripada cadangan sahaja.

Dalam surat bertarikh 11 April 2002 (rujuk Apendiks 5) Perdana Menteri Goh menyebut;

“Saya sekarang memutuskan untuk mengendalikan sendiri perbincangan kita mengenai pakej dua hala.”

Sekarang barulah seorang yang berkuasa bercakap (bagi pihak Singapura).

Di dalam apa yang boleh dianggap sebagai komitmen mutakhir, Perdana Menteri Goh menulis (kepada saya):

1. Bridge

“Di antara sebuah jambatan baru bagi menggantikan keseluruhan Tambak, dan yang menggantikan hanya bahagian di sebelah Malaysia, saya lebih suka kepada pilihan pertama.”

“Sebaik sahaja jambatan baru siap, Tambak bolehlah dirobohkan, yang mana saya gembira jika dilakukan selepas tahun 2007.”

“Tetapi sekiranya anda mahu menggantikan Tambak di sebelah negara anda dengan sebuah jambatan dengan serta-merta, saya akan menyetujuinya, walaupun pada pendapat saya ini tidaklah ideal.”

Apakah kesimpulan yang boleh kita buat kepada kenyataan ini? Tidak pun disebut mengenai pasir dari Malaysia dan pembukaan ruang udara kepada kapal terbang tentera Singapura. Juga tidak disebutkan tentang nostalgia, hanya keutamaan supaya Tambak dirobohkan selepas tahun 2007.

Sekarang dihujahkan pula bahawa jika Malaysia sentuh paip yang membawa air ke Singapura, ia adalah tindakan perang (act of war). Adakah ini perisytiharan perang?

Peruntukan “Wayleave Agreement” dengan Singapura cukup jelas. Berikut adalah apa yang dipersetujui mengenai paip air;

“That the Licensee (Singapore) shall take full responsibility financially or otherwise for any alteration to the pipeline that may become necessary by reason of any alterations or improvements made or to be made on the Johor Causeway and on receiving not less than six months previous notice in writing from the Licensors (Malaysia) shall thereupon carry out the alteration in accordance with such notice and shall have no claim for any compensation.”

[“Bahawa Pemegang Lesen (Singapura) akan mengambil sepenuh tanggungjawab kewangan atau sebaliknya bagi sebarang pindaan kepada saluran paip apabila ia diperlukan untuk sebarang pengubahsuaian atau pembaikan atau yang diperlukan di Tambak sebelah negeri Johor dan apabila menerima notis bertulis enam bulan sebelumnya daripada Pelesen (Malaysia) akan melakukan pengubahsuaian itu seperti yang disebutkan di dalam notis tanpa sebarang tuntutan ganti rugi.”]

Perjanjian itu tidak menyebut mengenai hak Pemegang Lesen (Singapura) mengingkarinya. Peruntukan “akan melaksanakan pengubahsuaian” (Shall carry out the alteration) sangat jelas dan kuat. Singapura wajib melaksanakan pengubahsuaian itu. Tetapi jika Singapura ingkar, ia mungkin merupakan tindakan perang dan bukan sebaliknya.

Apabila kerja awal pembinaan jambatan dimulakan tidak ada protes dan tidak ada permintaan membeli pasir atau menggunakan ruang udara kita. Sekarang pembinaan jambatan di sebelah wilayah kita pun nampaknya tertakluk kepada syarat kita membekalkan berjuta meter padu pasir kepada Singapura untuk menambak laut dan membuka ruang udara kita kepada jet tentera udaranya. Daripada mana datang semua syarat ini? Apakah kaitan antara perluasan wilayah Singapura dengan kita membina jambatan di dalam wilayah kita sendiri?

Tindak-tanduk Singapura mengaitkan pembinaan jambatan di wilayah kita dengan tuntutan kita menjual pasir dan membuka ruang udara kepadanya tidak berasas sama sekali.

Mengapa Kerajaan Malaysia perlu bersetuju memberi pasir dan membuka ruang udara kepada Singapura, jika tidak terpaksa memberhentikan pembinaan jambatan bengkok di wilayah kita sendiri adalah di luar kemampuan saya memahaminya.

Adalah hak rakyat Malaysia tidak menjual pasir kepada Singapura atau membuka ruang udara kepadanya. Tetapi rakyat tidak pernah mengatakan yang mereka bersedia mengorbankan projek jambatan. Yang mereka tidak mahu adalah mengalah kepada tuntutan Singapura supaya kita menjual pasir dan membuka ruang udara. Mereka mahukan jambatan tetapi mereka juga mahu Kerajaan mereka menyanggah tuntutan Singapura kerana di segi undang-undang Malaysia tidak perlu melayan syarat-syarat Singapura.

Tindak-tanduk Singapura ini telah dijangkakan. Tetapi Kerajaan Malaysia gagal mempertahankan kedaulatan negara. Di samping itu, ia telah menyebabkan kerugian berbilion ringgit wang rakyat jelata.

Biarlah rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu, Melayu Johor terutamanya, ingat bahawa lnggeris telah menipu Sultan untuk menyerahkan Singapura dengan percuma kepada mereka (Inggeris).

Seperti Pulau Pinang, Lumut dan Melaka, Singapura sepatutnya dikembalikan kepada kita apabila lnggeris melepaskan hak mereka. Tetapi Singapura telah menjadi begitu asing keadaannya sehingga ia tidak boleh lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Apakah Malaysia sekarang akan memberi lebih banyak tanah kepada Singapura supaya ia boleh memperluaskan wilayahnya dan menambah bilangan penduduknya? Menyerahkan dasar laut kita kepada Singapura tidak ada bezanya dengan memberikan bumi kita kepada Singapura. Kesudahannya ialah perluasan wilayah Singapura. Ia tidak ada bezanya dengan menyerahkan sebahagian daripada Johor untuk tujuan ini. Apakah kita begitu miskin sehingga kita perlu menjual sekeping bumi kita kepada orang lain?

Generasi rakyat Malaysia yang akan datang, sama ada Melayu atau Johor, akan menyumpah kita jika kita melakukan semua ini sedangkan kita berhak membina jambatan di atas bumi dan laut kita sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Cukuplah kita menyerahkan Singapura (kepada Inggeris). Tidak perlulah kita menyerahkan lagi tanah kita kepada Singapura walaupun ada orang yang berpendapat kita hanya boleh membina jambatan di negara kita jika Singapura bersetuju.

Rakyat Malaysia tidak pernah mengatakan demikian. Janganlah ada sesiapa yang menyumbat hujah ke dalam mulut mereka semata-mata kerana orang itu takut untuk mempertahankan hak dan kedaulatan negara serta rakyat Malaysia.

Dr. Mahathir bin Mohamad

(0) comments

World Cup Football - List Of TV Rules 

Dear Wife, Partner, Girlfriend, aunt, niece, mothers, grandmothers, maids…all women.

1. From 9 June to 9 July 2006, you should read the sports section of the newspaper so that you are aware of what is going on regarding the World Cup, and that way you will be able to join in the conversations. If you fail to do this, then you will be looked at in a bad way, or you will be totally ignored. DO NOT complain about not receiving any attention.

2. During the World Cup, the television is mine, at all times, without any exceptions. If you even take a glimpse of the remote control, you will lose it (your eye).

3. If you have to pass by in front of the TV during a game, I don't mind, as long as you do it crawling on the floor and without distracting me. If you decide to stand nude in front of the TV, make sure you put clothes on right after because if you catch a cold, I won’t have time to take you to the doctor or look after you during the World Cup month.

4. During the games I will be blind, deaf and mute, unless I require a refill of my drink or something to eat. You are out of your mind if you expect me to listen to you, open the door, answer the telephone, or pick up the baby that just fell on the floor....It won’t happen.

5. It would be a good idea for you to keep at least 2 six packs in the fridge at all times, as well as plenty of things to nibble on, and please do not make any funny faces to my friends when they come over to watch the games. In return, you will be allowed to use the TV between 12am and 6am, unless they replay a good game that I missed during the day.

6. Please, please, please!! If you see me upset because one of my teams is losing, DO NOT say "get over it, its only a game", or "don't worry, they'll win next time". If you say these things, you will only make me angrier and I will love you less. Remember, you will never ever know more about football than me and your so called "words of encouragement" will only lead to a break up or divorce.

7. You are welcome to sit with me to watch one game and you can talk to me during halftime but only when the commercials are on, and only if the halftime score is pleasing me. In addition, please note I am saying "one" game; hence do not use the World Cup as a nice cheesy excuse to "spend time together".

8. The replays of the goals are very important. I don't care if I have seen them or I haven't seen them, I want to see them again. Many times.

9. Tell your friends NOT to have any babies, or any other child related parties or gatherings that requires my attendance because:
a) I will not go,
b) I will not go, and
c) I will not go.

10. But, if a friend of mine invites us to his house on a Sunday to watch a game, we will be there in a flash.

11. The daily World Cup highlights shown on TV every night is just as important as the games themselves. Do not even think about saying "but you have already seen this...why don't you change the channel to something we can all watch?" because, the reply will be, "Refer to Rule #2 of this list".

12. And finally, please save your expressions such as "Thank God the World Cup is only every 4 years". I am immune to these words, because after this comes the Champions League, Italian League, Spanish League, Premier League, FA Cup, etc.

Thank you for your cooperation.


(0) comments

Antara Mawi, Sophia, Adi Putra Dan Nor Amira 

U all tau... Mawi tak akan dapat membela bangsa kita mahu pun mendidik anak-anak kita menjadi insan yang soleh..dia sendiri pun hanya dapat gred 3 SPM... hanya media yg berjaya menyeret dia untuk meraih rezki yg kebenyakan ulama mempertikaikan status halalnya... dari seorang yg kononnya berakhlak dan beragama dia dibentuk menjadi seorang yg bebas dari belenggu syariat... namun tangan-tangan kotor telah berjaya menyarungkan jubah konvo yang hanya layak di pakai oleh insan yang cemerlang dalam pendidikan... tidak hairan para remaja mula berhujah: " masuk universiti tak dapat keje..apa ada pada nilai ilmu?..! . Mawi dpt Gred 3 SPM pun boleh konvo jugak..lebih kaya dari lulusan universiti"... .sukar untuk menjawabnya.

Nun di sana..ada seorang insan comel..bernama Adi Putra... punya kecemerlangan dalam bidang Math yg sukar dicapai oleh walau seorang siswa... beliau dgn petah memberitahu bahawa dia ingin menjadi seorang Profesor Mathematic Islam, dia sangat taat dalam agama..tekun dalam mempelajari syariat Allah... namun tiada pihak "media" dan "pemimpin" kita ambil peduli... bahkan dicari pula kelemahan Adi yg kononnya hanya terer dlm satu bidang saja..perlu diingat..profesor universiti pun hanya pakar dalam satu bidang saja... mana ada pakar doktor perubatan dlm masa yg sama adalah pakar kejuruteraan?... tapi atas keinginan untuk mengenepikan Adi... berbagai alasan di buat... akhirnya keluarga Adi terpaksa mencari arah sendiri dalam menentukan masa depan pelajaran dan cita-cita Islam Adi...

Muncul pula adik Nor Amiira... yg berjaya menghafal 30 juz Al Quran seusia 10 tahun ... dia mula membaca dan menghafalnya ketika usia 5 tahun... dalam satu pertandingan hafazan dia telah mendapat tempat kedua ... peserta semuanya berusia 15 tahun ke atas... cerita itu terus sepi... "media" dan "pemimpin" kita tidak berminat mempopularkan tokoh2 kecil ini... tiada juga bantuan yg diberikan...

tetapi perlu diingat: ada insan seperti amalina yang mendapat 17A SPM telah diberikan penghormatan yg tinggi dan biasiswa untuk belajar di luar negara ( sekarang dah tak pakai tudung), tak kurang juga Sophia yg duduk di London tu mendapat juga penghormatan negara..di jaja ceritanya tak habis-habis di TV kita suatu masa dulu yg sekarang kabarnya dah murtad. Ok juga media dan pemimpin kita kan?...

Inilah yg perlu kita cari titik perbezaan dan persamaannya... sama-sama kita renungkan:

Adi dan Amira membawa cita-cita keislaman dan bakal membawa pembaharuan jika di beri peluang... maka mereka tidak mendapat apa-apa preveilege.
MAWI membawa bangsa kita leka dan nyanyuk maka dia mendapat tempat dan penghargaan.

Amalina dah jadi bahan jajaan putri UMNO dan dah pun tak pakai tudung lagi... sama dgn Mawi..maka dia tidak lagi membawa apa-apa mesej Islam... soa boleh di sokong.

Sophia ( bukan warga kita) mak melayu ayah org asing juga mendapat layanan dan kemuliaan sebab tiada membawa apa2 mesej ISlam... so mesti di beri sokongan.

Dengan itu dapatlah kita faham... .bangsa kita ini hanya akan memuliakan anak-anak kita yang berjaya dalam "hiburan' dan " menolak syariat". Bagi anak-anak yg bakal menyedarkan Umat ..awas !! anda adalah musuh bangsa dan negara ini..





apa pandangan anda?...

(0) comments

Saturday, May 06, 2006

Kisah lucu tapi benar! 

Sepasang orang tua datang ke restoran Mc Donald dengan saling berpegangan tangan. Mereka duduk disebuah bangku panjang berdua, disamping seorang anak muda. Si datuk segera berdiri dan memesan makanan, sebuah hamburger, satu paket kentang goreng dan segelas minuman.

Setelah mendapat makanan datuk duduk di sebelah nenek, membahagi hamburger menjadi 2 bahagian, menghitung kentang goreng dengan cermat dan membahagi adil dengan si nenek, kemudian mengambil dua 'straw' minuman, menaruh gelas minuman tepat ditengah meja.

Si anak muda memperhatikan tingkah sepasang datuk-nenek itu dengan penuh minat. Si datuk kemudian mulai memakan bahagiannya, sementara si nenek hanya memperhatikan. Si anak muda merasa kasihan, akhirnya merapati pasangan tersebut dan berkata: "Tok, boleh saya belikan makanan yang lain?"

Si datuk menjawab : "tak payah terima kasih.kami memang selalu berkongsi makanan yang sama" Sampai si datuk selesai makan, mengelap mulut dengan tissue, si nenek masih saja menunggu tanpa menyentuh makanan bahagiannya.

Si anak muda mendekat lagi, kali ini berkata : "Nek, boleh saya belikan makanan yang lain, mungkin nenek tidak suka yang ini ? "Si Nenek menjawab; " Tidak terimakasih.." Terus si Anak muda bertanya lagi, "Kalau begitu kenapa makanan nenek tidak dimakan, kan nenek dan datuk suka berkongsi?"

Kata si Nenek " Saya sedang menunggu gigi..........giliran saya selepas datuk.....!

(0) comments

Friday, May 05, 2006

Bongkar!!! Remaja Hulu Kelang ! Apa nak jadi??? 




(0) comments

Thursday, May 04, 2006

Lawak semut... 

Suatu hari..................


Seekor semut membisikan sesuatu ke telinga gajah








Tak lama kemudian....










Sang gajah jatuh ke tanah










Pengsan????
nak tau semut cakap apa??!!!!!















Sayang,
I hamil anak u!!!!!!!!!!!!!

(0) comments

Wednesday, May 03, 2006

Piping work in Sabah 





(0) comments

Tuesday, May 02, 2006

Penyu pun kena scan! 


Fender, a 20-year-old marine Loggerhead turtle is seen during a CT scan at the Israeli Veterinary in Beit Dagan, near Tel Aviv, April 25, 2006. Fender is suffering from excessive air in the lungs. The turtle was caught by fishermen in the Mediterranean sea, off the coast of Israel six months ago. REUTERS/Gil Cohen Magen

Monday, May 01, 2006

CLEVER (Compact Low Emission Vehicle for Urban Transport) 



This handout file photo issued by the University of Bath shows a graphic of the Clever (Compact Low Emission Vehicle for Urban Transport) vehicle on Monday April 24, 2006. The vehicle's strengthened frame protects the driver in a crash. The car, designed for cities has been developed by a team of European scientists and is designed to combine the safety of a micro car, the maneuverability of a motorbike while being more fuel efficient and less polluting than other vehicles. The vehicle can run on conventional fuels or CNG (Compressed Natural Gas). (AP Photo/University of Bath, HO)

(0) comments

This page is powered by Blogger. Isn't yours?