<$BlogRSDURL$>

Saturday, January 15, 2005

Gaya Hidup Dan Kesuburan Lelaki 



Tahukah anda bahawa peluang lelaki untuk mendapatkan keturunan akan semakin rendah jika mereka tidak :-

Menghentikan kebiasaan merokok

- Satu rokok sehari mengurangkan tingkat kesuburan sekitar 50 peratus. Tapi sebenarnya, merokok lima batang sehari pun tapi jika selalu sampai ke titik asap yang penghabisan - sama impaknya dengan menghisap satu kotak rokok dalam sehari.

Menghentikan kebiasaan mengambil minuman keras

- Meneguk minuman keras lebih dari tiga kali sehari menurunkan tingkat kesuburan sekitar sepertiganya. Oleh itu bagi golongan lelaki yang gemar meminum minuman keras, segeralah buang sikap buruk anda kerana jika tidak dihentikan dari sekarang, anda mungkin menghadapi masalah kesuburan ketika berkahwin kelak.


Mengambil vitamin/makanan tambahan

- Menurut satu kajian yang telah dilakukan oleh pakar perubatan, pengambilan vitamin C dan E dalam dos yang sesuai dikatakan mampu meningkatkan kesuburan. Oleh itu bagi kaum lelaki yang tidak pernah mengambil makanan tambahan, mulakan dari sekarang. Dengan pengambilan yang berkala dan teratur, anda juga yang akan merasai perubahannya.

Banyak berdiri

- Pengeluaran sperma boleh berkurangan jika anda terlalu banyak duduk. Oleh itu jangan terlalu lama duduk menghadap di depan komputer. Cubalah untuk berjalan-jalan sebentar. Jangan malas untuk bangun. Rajin-rajinkan diri anda untuk bangun dan berjalan-jalan sekitar pejabat. Kalau boleh sekurang-kurangnya seminggu tiga kali, rajin-rajinkanlah diri anda untuk bersenam seperti berjoging.

Mengusir stress

- Stres boleh membuatkan pengeluaran sperma menurun. Oleh itu elakkan daripada sering berada dalam keadaan stres kerana kesannya amat buruk kepada diri anda. Bawa bertenang ketika anda di dalam keadaan stres. Tarik nafas dalam-dalam kemudian lepaskan secara perlahan-lahan. Cubalah berada dalam keadaan tenang dan rilek ketika menghadapi ketegangan.

Membatasi olahraga

- Olahraga yang berlebihan atau terlalu melelahkan selama lebih dari 90 minit berturut-turut akan mengurangkan jumlah sperma. Jangan paksa diri anda dengan latihan yang berat tanpa melakukan aktiviti pemanasan terlebih dahulu. Sebaiknya mulakan senaman secara perlahan-lahan. Jangan tergopoh-gapah. Rehatkan fikiran anda. Bersenamlah dengan teratur dan kalau boleh dilakukan secara konsisten. Tapi ingat, jangan berlebihan. Nanti badan anda juga yang binasa. Seperti kata orang tua, perkara yang baik jika dilakukan berlebihan, akan mendatangkan kemudaratan.


This page is powered by Blogger. Isn't yours?