<$BlogRSDURL$>

Monday, December 27, 2004

Satellite view of tsunami 


(0) comments

Tuesday, December 21, 2004

Pening 

Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai
anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak
tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah.

Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya.

Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan
anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi.

Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli,

Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli,
Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...
muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk... .. nennooo nennooo..neenooo..nenoooo..
phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku pening... .... aku sindiri naik fening menterjemahkan semua nih!!

(1) comments

Saturday, December 04, 2004

kahwin 

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.

Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.

Suzy: Tapi mengapa?

Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!


Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.

Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.

Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.

Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.

Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.

Suzy: Ha!!??!!

(0) comments

This page is powered by Blogger. Isn't yours?